Contoh 1 : "Tolong senyap!" (Penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya)
Contoh 2 : "Cuba 'try' masakan ini." (Penggunaan campuran bahasa Melayu dan Inggeris)
Berdasarkan contoh di atas, kita dapat melihat bahawa ayat 1 terdiri daripada kata perintah (tolong) dan juga kata sifat (senyap). Namun, berdasarkan keseluruhan ayat, kita dapat memahami bahawa pengujar memerintahkan atau meminta supaya pendengar senyap atau tidak membuat bising. Jika dilihat dalam contoh ayat 2, kita dapat melihat seolah-olah fungsi unsur-unsurnya menyamai contoh ayat 1. Perkataan 'Cuba' sememangnya kata perintah seperti 'tolong' dalam ayat 1, manakala 'try' seolah-olah memainkan peranan atau fungsi yang sama dengan 'senyap' dalam ayat 1. Berdasarkan struktural contoh ayat 2, ia dapat difahami kerana mempunyai perkara yang sama dengan contoh ayat 1. Namun begitu, jika dilihat dari segi makna, contoh ayat 2 berbunyi seperti berikut :
Contoh 3 : "Cuba 'try'(cuba) masakan ini."
Kita dapat melihat dengan jelas berlakunya pengulangan 'cuba' dalam contoh ayat tersebut. Oleh itu, kita seharusnya mendidik diri kita dan juga orang lain supaya mengurangkan dan kemudian menghapuskan percampuran bahasa dalam komunikasi. Hal ini demikian kerana, percampuran bahasa menyebabkan ayat menjadi tidak gramatis dan Bahasa Melayu Baku tidak dapat diamalkan dalam kehidupan harian kita. Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama mengawal dan mendidik diri dan masyarakat supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment