Tuesday, January 11, 2011

PEMBELAJARAN BLOG

Pada pukul 10.00 pagi bertempat di blik kuliah Proton City 24, saya dan rakan-rakan kursus BML3073 belajar cara-cara membuat blog daripada Cikgu Syazril Asyraf atau lebih dikenali sebagai SA. Beliau memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik sepanjang mengajar kami semua. Terdapat juga beberapa orang rakan yang telah mahir dalam membuat blog dan mereka juga turut membantu rakan-rakan yang lain. Suasana di dalam bilik kuliah amat meriah ketika itu dengan gurau-senda dan usikan daripada rakan-rakan. Saya juga mempunyai sedikit pengetahuan mengenai blog, jadi saya memberikan sedikit tunjuk ajar kepada sahabat saya iaitu, Mojahid. Dia cepat belajar dan menerima perkara yang saya ajarkan kepadanya. Sekiranya kami musykil mengenai sesuatu, kami akan bertanya kepada Cikgu SA. Beliau dapat memberikan bantuan dengan sebaiknya. Beliau juga menerangkan bahawa satu akaun blogger yang sama boleh digunakan untuk menghasilkan beberapa blog yang lain. Saya berasa amat seronok sepanjang proses pembelajaran itu berlangsung. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu SA atas tunjuk ajar yang diberikan dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu sepanjang proses pembelajaran.. Sekian, terima kasih...(^^,)..

Inilah Cikgu SA... Beliau kacak kan?? hihihihi

No comments:

Post a Comment